SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
PENGENALAN RINGKAS BERDASARKAN CATATAN
  1. Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana telah diasaskan pada 1 Januari 1970.Nama asalnya Sek. Ren.Ingggeris Masjid Tanah 2.
  2. Jumlah murid pada masa itu ialah 937 orang dengan 40 orang kakitangan.Guru Besar pertamanya ialah En.Lim Cheng Soon.
  3. Pada mulanya sekolah ini menumpang di SRK Dato Tambichik Karim.
  4. Pada 7 Ogos 1978,sekolah ini berpindah ke bangunan sekarang.Guru Besarnya ialah Tuan Haji Jonet bin Ali PJK.
  5. Tapak asalnya seluas 6.1 ekar adalah kepunyaan En.Chee Hin @ Ah Sang.Seorang peniaga emas di pekan Masjid Tanah.Pampasan yang diberi ialah RM 5000. seekar.
  6. Tapak dan bangunan sekarang telah diusahakan oleh Tuan Haji Hassan Bin Hj.Yaakob JP(Pengerusi LPS),En.Taib Baba PBM(Pengerusi PIBG) dan semua kakitangan SRK Sri Laksamana.
  7. SRK Sri Laksamana mempunyai 24 buah bilik iaitu;

                 16 buah bilik darjah                    1 buah bilik amalan perdagangan
                  1  buah bilik guru                       1 buah bilik pemulihan
                  1  buah  bilik tayang                   2 buah bilik dijadikan dewan
                  1  buah bilik sumber                   1 buah perpustakaan
          Selain itu,sebuah ruang pejabat,4 buah stor,sebuah klinik gigi,3 buah padang permainan ,sebuah kantin.

  1. Kos pembinaan bangunan ini ialah RM 250000.Bangunan surau diusahakan oleh PIBG dan LPS yang memakan belanja RM 14000 dan siap dibina pada tahun 1985.
  2. Pada 1 Januari 1979 ,namanya ditukar dari SRK Sungai Baru 2 kepada SRK Sri Laksamana.Maksud SRI ialah Sekolah Rendah Inggeris dan Laksamana ialah memperingati kepahlawanan Hulubalang Melayu Melaka di zaman silam.
  3. Pada 8 Novem.1986,sekolah ini telah dirasmikan oleh oleh YAB Tan Sri Hj.Abd.Rahim Bin Dato Tambychik,Ketua Menteri Melaka.Guru Besar ketika itu ialah Tuan Hj.Abu Bakar Bin Busu PPN.
  4. Walau pun usianya masih muda tetapi sekolah ini telah melahirkan ramai cendikiawan,ahli pentadbiran,doktor,ahli perniagaan dan sebagainya.



                (next,previous,home)